Moto dan Prinsipku..hoho

Moto dan Prinsipku..hoho

Assalamu'alaikum

Alhamdulillah! Thank You Allah!

Lilypie Kids Birthday tickers

Sunday, December 11, 2011

Tasbih Putih..huk..huk





Assalamu'alaikumwarahmatullahita'alawabarakatuh!

sedih..masih sedih..huk2.. tadi tengok citer tasbih putih dekat astro prima.. memang bile tengok je iklan citer ni, da set da, mesti tengok punye.. yela, nampak gaya macam citer yang ada manfaat.. n akhirnya, pukul 10 da get ready dpan tv.. n untuk family, memang da cop da nak tengok citer ni n dyorg x kesah sbb citer ni pun lam iklan macam best je.. so, tengokla..  n ulasan sikit.. citer ni best coz xde watak perempuan muda.. n banyak watak jejaka yang hensem2, i mean, wajah pun suci je coz skola pondok kan..bestla samapi aq nangis2.. ada satu part tu, aq da smangat nangis ni, tiba2 mimpi pulak!hoho...frust gile.. tym tu rasa macam da xmo tengok dah.. yela frust sangat..tapi kerana minatku kepada pelakon berwatak Salim dalam citer ni aq tengok lagi..hoho.. now, meh nak citer serba sdikit sinopsis pasal citer Tasbih Putih ni..

Ia mengisahkan Rahim yang sangat degil n keras kepala.. selalu lawan cakap mak n ayah dia... lastly, ayah dia buat kputusan untuk hantar Rahim ni ke skola pondok. so, stibanya di skola pondok tersebut, Rahim bertemu dengan Salim yang merupakan orang kanan kepada pengetua n ketua dekat skola pondok tersebut.. Rahim, walaupun da brada di skola pondok, tapi masih dengan keras kepalanya.. enggan mengikuti yang dijadualkan di skola pondok tersebut walaupun berkali-kali di pujuk oleh Salim. Dalam masa yang sama, Rahim bertemu dengan Kamal dan Muiz yang juga paling keras kepala di skola tersebut.. Muiz dan Kamal merupakan bekas gangster dan kekal di skola pondok kerana merasakan diri mereka selamat di situ.. selamat dari gangster2 lain. so, mereka kekal di situ dan hanya akan keluar setelah dyorang rasa selamat untuk keluar.. Suatu hari, ketika memujuk Rahim untuk kelas petang, Salim terjumpa dadah dalam beg Rahim.. Salim mengugut untuk memberitahu polis namun Rahim memujuknya.. Keran geram yang amat kpada Salim, Rahim telah berpakat dengan Muiz dan Kamal untuk memerangkap Salim n dyorang berjaya setelah Salim terjumpa rokok dalam Al-Quran nya ketika ingin bersedia untuk mengaji.. Akhirnya, kebenaran terbukti setelah Rahim mengaku kpada Salim dalam nada puas hati keran Pengetua tidak membelahi Salim namun tetap menghukum Salim n membuatkan pengetua ragu-ragu terhadap Salim. Pengetua terdengar pengakuan Salim lalu mengajaknya ke bilik pengetua. Rahim mengaku dan menyatakan ingin keluar dari skola pondok tersebut. Pengetua tidak membenarkannya kerana rasa tanggungjawab terhadap kedua ibu bapa Rahim yang sangat menginginkan perubahan Rahim lantas meletakkan Rahim di bawah kawalan Salim. Malam itu, Rahim terdetik untuk berubah n b'mimpi Salim dituduh mencuri wang skola lalu dibuang skola.. Rahim menjerit2 memanggil nama Salim agar dia tidak pergi n merayu-rayu kpada pengetua sambil menyatakan Salim tidak salah.. Rakan2 Rahim yang menyedari Rahim mengigau lantas mengejut Rahim.. Rahim lalu melangkah keluar untuk bertemu Salim, dia menyedari bahawa Salim sedang mengaji di pondok dan malu untuk menegur.. Salim memanggil Rahim dan mereka berbual seketika sblum tiba-tiba Salim terkena Athma. Dia berjaya diselamatkan kerana Rahim sempat mengambil ubat Salim.. Suatu malam, Rahim mendatangi Salim dan menyatakan keinginan untuk berwirid tapi tidak mempunyai tasbih, lantas Salim menyerahkan Tasbih Putih miliknya kepada Salim dan sangat bersyukur kerana Rahim ingin berubah. Then, suatu malam ketika Salim sedang bertahajud, Rahim datang dan menyertainya.. Tiba2 Salim diserang Athma namun tidak dapat diselamatkan kerana kehabisan ubat.. Salim meninggal dunia di pangkuan Rahim..

Itu sahaja sinopsisnya.. Erk?! Sinopsis ke? macam panjang je..hehe.. Thankz kerana sudi membaca...  N satu lagi nk cakap, ada satu lagi watak dalam citer ni tapi x kena sebut sebab seriusly x ingat nama dia padahal dia watak yang paling hensem, iaitu watak bestfriend kpada Salim..dia sentiasa berada di sisi Salim n menyokong sahabat.. n one more thing, watak Salim dilakonkan oleh Johan As'ari atau Botak (Juvana).. n dlm cite ni, Salim (Johan @ Botak) mati dalam keadaan senyum.. smoga kenyataannya juga begitu.. InsyaAllah..
That's all from me.. Thankz for reading!

Sunday, November 6, 2011

Alhamdulillah..


Salam...
Hari ni hari raya aidiladha...sayu..sayu... nak nangis je rasa hari ni..
y? kenapa? mengapa? limaza?
sedih...sbbnya..mlm ni dah kena nek bas utk balik asrama kat KISAS...
sehari je balik umah..tapi walaubagaimanapun..syukur sgt...
Alhamdulillah..Thankz a lot to Allah!
why? kenape? mengapa? limaza?
li annahu...kerana...because...aq masih sempat menyambut aidiladha dengan family tercinta..
takut n x boleh bayangkan andai ada saatnya kami terpaksa menerima satu perpisahan yang telah ditetapkan oleh Allah..takutnya...rasa macam masih belum mampu bersedia untuk terima semuanya...
tapi memang hakikatnya..lumrah dunia.. Allah dah sebut dalam surat cintanya untuk kita..


Ya Allah...sesungguhnya dariMu kami datang dan padaMu jua kami kembali..
Tapi...slalu doa kat Allah....
Harap sy yang pergi dulu sebelum orang lain..
bimbang diri ini x kuat..
bimbang iman ini x kukuh..
untuk terima segalaNya..andai terjadi sebaliknya..
segala perpisahan itu..
Allah knows the best..
Yakin dengan Allah...
ada hikmah di sebalik semuanya..
Allah sedang mengujimu duhai sahabat..
ayat2 ni..semua kita slalu dengar n aq sendiri akui.. 
aq pun pernah tuturkan ayat ni untuk para sahabat tatkala mereka diuji oleh Maha Pencipta..
Allahuakbar..InsyaAllah..dengan izinMu jua..akan kucuba mengajar diri ini untuk lebih bersedia..
sekian sahaja muhasabbah session..huk..huk.. sayu..sayu..isk..isk..

P/s-had tu chao right now...daa..Salam alaik! 


Friday, October 28, 2011

Cendol oh Cendol...isk..isk..


salam...
ermm... bestnye gambo kat atas ni...tiba2 rasa sayu... nak mkn cendol...isk..isk.. 
dah lebih kurang seminggu aq balik, tapi x mrase lg cendol...sedih kottt!.. 
my feberet sejak berkurun lg.. 
dahla hari ni puase(seriusly, xde niat nak show off)..huhu..
pagi tadi, masa sahur, umi janji nop buke pose dgn cendol..
tapi skarang...brape minit lg nop buke pose...
xdop pun...xpela..sabo jela..
malam ni la g beli kott..
key la.. nop buke pose dah ni..
ninum air lain dulu r...daa semua..thankz for reading..salam!!
buke puase dulu yer!!!(skali lg, seriusly, xde niat nak show off...)

Sunday, October 23, 2011

peraturan PELIK! pada sayala..



Assalamualaikum n salam sejahtera..

tiba2 rasa nak share satu cite..
erm..praturan kat skolah baru.. (Baru ker???... walaupun dah nak masuk 4 bulan..hik hik)

LARANGAN MEMAKAI ARMSOCKS (sarung lengan) HITAM DI SEKOLAH.
hanya sarung lengan putih yang dibenarkan...

bagi sy ini peraturan pelik kot.. yela.. knape x bagi pakai sarung lengan hitam? kalau tanya knape, jawapannya sbb itu adalah peraturan.. tapi rasanya xde plak termaktub dalam buku peraturan sekolah(rasanyalah sbb sy sndiri pun x pernah belek buku praturan skolah)..huhu.
ada banyak sbb sy rasa mcm nak bangkang je praturan ni.. n ramai lagi kengkawan yg mmg sgt x puas hati dengan peraturan sebegini rupa..haish... antara sbb n alasan yg agak munasabah utk m'bangkang:-

  • armsock putih cpt kotor
  • armsock putih agak jarang
  • sy sndiri dah beli 3 pasang armsock hitam xkan nak beli armsock putih plak kot..
..n..byk lagi r.. bukan nak berkira..tapi itulah hakikatnya.. xmo pakai armsock putih..huhu...

Tuesday, April 26, 2011

Kenangan Paling Indah!!!!



Assalamualaikum... juz nak share kenangan paling indah seumur hidupku.. memang cukup indah sehingga x terkata..

baru2 ini, pada 21 hb hingga 25 hb aq tlah join satu program yg sangat best!!! lebih2 lagi prgram t'sebut diadakn di Universiti impian aq dr kecik iaitu UIAM! memang best sbb pengisian yang sangat menarik n berjaya menyentuh jiwa ini.. kat c2 aq temui akak2 n bro2 fasi yg sgt baik, cool, best, superb, baik *rasa mcm dah ada tadi* n sporting habis! sgt skeskeskeske...
Erm..seperti yg anda semua lihat di atas ada tulih, program dye 22-24 april je kn? tapi aq tulih 21-25 hb kn..hehe.. sebenaqnya aq campur tarikh aq pergi n aq balik..
cni, aq nak tulih diari aq sepanjang ada kat sana.. semuanya memang masih segar sebab aq rase aq xkkan lupe semua ni..

21 hb April 2011- pkol 10.40 mlm aq b'tolak dr rumah sbb kami diarahkn berkumpul di stesen minyak shell Paka pd pkol 11 mlm.. then, x lame lepas tu, bas smpai n aq pun naiklah bas tersebut n duduk di debelah anisah, sahabatku t'centa..hehe.. drpd dyelah aq dpt tau psl program ni, (nanti aq citer).. then bas gerak n berhenti dkt kmaman n kuantan utk mengambil peserta yg len..

22 hb April 2011- lebih kurang pkol 4.45 pagi kitorang sampai di Universiti impian aq dr kecik iaitu Universiti Islam Antarabangsa Malaysia@ International Islamic Universiti Malaysia.. memang teruja sgt dpt menjejakkan kaki buat kali pertama di UIAM.. kat cni barulah aq tahu, rupa2nya ramai kawan 1 sekolah aq yg jad peserta gak.. lebih kurang 11 org peserta sisters dr SMKA Kuala Abang iaitu Hamizah, Tg.Fatimah, Anisah, Aq, Farah Farhana, Huda, Fatin Nadiah, Aina Syafiqah, Malihah Farhana, Fatimah(org first yg ajak kitorg pergi) n Puteri Maryam...then, kami bawak beg pakaian kami yg amat berat n penuh dgn pakaian utk program t'sebut ke masjid UIAM.. mase ni untung r sesape yg bawak beg roda.. tp aq bwk beg biase je.. penat sangat! tapi x untung gak mereka yg bwk beg roda tu sbb kami b'henti kat masjid utk siap2kn diri n kami t'paksa menaiki tangga yg amat banyak kerana tmpt istirehat sementara menunggu 22 hb ialah di tingkat n  4 bangunn masjid tersebut.. then aq n Fatin nadiah terus cari plag utk iron baju kitog yg b'kedut..hehe.. cari punye cari..kitorg x jumpe plag yg ok.. sbb yg ok dah digunakan oleh peserta lain yg tlah smpai t'lebih dahulu.. so, aq pun duduk jela nak rehat tapi fatin tidak putus asa n teruskn usaha mencari plag dgn Fatimah Ahmad Bashir.. then dyorg jumpe tp sgt jauh n sunyi tmpt tu.. lampu plak malap je.. kitorg redho n terus menggosok pakaian smbl yg lain pergi mandi.. pkol 6 br kitorg siap n pergi mandi.. lepastu tpat pkol 7.15 kalau x silap, kitorg b'kumpul ikut negeri dkt tgkat bwh masjid n bergerak ke Kuliyyah of Architect n Enviromental Design (KAED) yg sgt jauh.. memang penat sbb t'paksa b'jalan jauh smbl membawa beg yg seberat 10 kilo kot.. fuh gile penat.. bila smpai K.Munirah selaku kem komanden utk sisters suh kitorg tinggal beg n bawak barang yg berharga je ke atas.. nanti akak fasi akan bwk naik beg kitorg.. aq yg baik hati ni pun t'fikir, kesiannya akak fasi, peserta bukannya ckit tapi ramai, 5 kali ganda dr jumlah dyorg..so, aq pun bwkla beg aq yg seberat 10 kg itu nek ke main audi KAED iaitu di tingkat 4.. berat sgt tapi xpe. kesian lagi kalau akak fasi yg bwk..bila sampai, kitorg pergi daftarkn diri masing2.. then masuk ke dewan KAED.. memang sejuk sbb ada aircond..hehe.. teruja masuk dewan kuliyah kat UIAM.. then ada taklimat program, kitorg b'kenaan dgn ketua kem komanden @ kem komanden utk brothers iaitu bro Nu'man Afifi.. then akak2 fasi pun ramai.. then,rehat, makan tengahari, solat n then kami ke coliseum engin utk slot ice braking n grouping.. mmg byk game kitorg men n setiap game ada faedah n kesimpulan yg aq pelajari.. then grouping... ni yg paling aq x ske sbb nilah tym dimana aq n kawan2 satu skolah dipisahkn n kami 11 org semuanya berada di group berlainan.. memang sedih n aq satu group dgn org yg langsung aq x knal.. then aq ikut group aq buat halaqah n kitorg knal dgn akak fasi group aq iaitu K. Nashrah Adila yg sgt baik n sporting habis! then knal ahli group n tym tu baru aq rase happy sgt sbb kawan2 group aq ni semuanya hapening!!! kitorg sgt riuh rendah n sekejap je kitorg kawan mcm kitorg dah lama knal.. ahli group aq, Sariyah @ boss(dr Johor, ketua kumpulan aq, happy go lucky, best n mmg ada sifat leadership yg sgt kuat n hebat), Sharifah Syazlina ( dr Ampang tapi skolah kat MRSM Kedah n loghat dye b'cakap pun bunyi utara ckit, lbih dkenali sbgai Syarifah Hayati sbb muka dye ada iras2 prof madya Syarifah Hayati yg slalu keluar tv n jd juri utk adik-adikku musim kedua, happy go lucky gak n bjak lah.. 8A SPM), Aisyah Lotfi (dr perak, dye ni roommate aq kat mrhalah n kbetulan masa taklimat program dye duk sebelah aq, so kitorg dah knal n dye ni baik sgt! dgn penuh kesabaran kejutkan aq pagi2..hehe), Aisyah Rodiah ( dye ni dr kelantan, happy go lucky n loghat kelantan melekat kat mulut dye smpai dye asyik kna explain balik apa yg dye cakap kat org lain..hehe), Nik Syakirah ( dr selangor jgak kalau x silap, mak @ ayah dye org klantan, so dye faham je apa yg aisyah rodiah ckp tapi dye balas dlm slang kl..best gak.. happy go lucky gak), Afifah Fuad (dr kelantan, dye ni best, x byk bercakap sgt tapi bijak.. 8A SPM.. happy je, x makan pagi, so makanan pagi dye aq yg makan..hehe), Fatonah( dr mana aq lupe..hehe.. baik sgt, sporting n happy je..) Nabiha (dr Johor gak, best kwn dgn dye, sporting n suke makan pedas.. org jawa, mmg dyelah yg riuh mntak blacan dgn org yg x makan belacan.. slalu jd petunjuk arah sbb dye ni cepat ingat jaln.. bukan mcm aq..hehe... kalau xde dye, kitorg sesat kot..) Roshiela (dr Terengganu tp x byk ckp sgt.. best je.. happy...) Munirah ( dr Terengganu gak tp x byk ckp jugak.. mcm Roshiela n dyorg pun slalu berdua n jarang borak ngan ahli group lain.. happy je..n best...).. then.. kitorg dibawa ke marhalah iaitu tmpt penginapan kitorg di UIAM.. sgt jauh.. jalan kaki slama 1/2 jam lebih gak.. mmg letih.. tapi bila jalan2 smbil borak2 dgn kwn2.. x terasa keletihan tu.. happy je... malam tu, kitorg solat n makan malam kat masjid, then ke KAED balik utk slot Perasmian Pembukaan Alim Mujahid.. lupa nak cakap Alim Mujahid tu tema program kitorg.. ngantuk ckit sbb letih n dewan KAED tu pun sejuk dgn aircond.. so, selesa sgt smpai mengantk.. then ada tayangan gimmik program HiMEGA.. bile sebut je tayangan semua mata segar balik.. dah x ngantuk da.. kitorg tgok video tu n abis je kitorg pulang ke marhalah lepas minum malam..

sampai cni je dulu aq bleh citer.. hari kedua n ketiga di lain masa pulak.. aq pun dah ngantuk ni.. macamana aq tahu pasal program ni dr anisah tu, nanti aq citer k.. sakarang ni dah ngantuk sgt... daa... slamat malam...nytez.. Assalamu'alaikum..

Tuesday, April 19, 2011

tips cari jodoh! perkongsian lagi...






Assalamualaikum..apa khabar iman hari ini? wah mcm ustazah pulak..hehe.. tadi duk usha2 pesbuk kengkawan.. terjumpa ni... ada dkat note.. aq mmg ske kumpul mende2 mcm ni lepastu ltak kat blog.. *alasan utk org yg malas menaip utk update blog sndirik..huhu* yelah..lagipun benda2 ni benda2 baik.. x salah kalau nak share.. lagipun.. tuan punya pun dah kasi kalau nak share..  tapikan, macam pentinglah semua ni.. bagus untuk masa depan.. *walaupun lambat lg nak kawin*.. tapi jodoh itu kan ketentuan Allah.. kalau dah sampai masa, siapalah kita untuk menghalang ketentuan Yang Maha Esa.. Oleh yang demikian, silakan membaca!

Benar..jodoh itu ketentuan TUHAN..tapi kita akan ada terma merisik..??salah ke merisik..??x salah bahkan dianjurkan supaya x tersalah pilih..hmm..

untuk adam..
andai mahu mencari hawa..

1. jgn dilihat pd purdah mahupun tudung semata-mata..kerna hawa hari ini tidak lagi seperti dulu..lihatlah pd telapak tgnnya..andai mudah telapak lembut itu hinggap pd kulit lelaki lain tanpa lapik..fikirlah semasaknya utk menyuntingnya..sesungguhnya memegang bulu anjing itu lebih baik dari menyentuh kulit lelaki atau wanita yang boleh kita kahwini..

2. jgn dilihat pada baju labuh mahupun jubahnya semata-mata..lihatlah pada sebujur bibirnya..andai kata-katanya berbisa atau kuat suaranya..fikirlah semasaknya andai hati masih teringin menyuntingnya..khuatir kelak dia membawa fitnah buat si suami..menabur buruk diri si suami..

3. jgn dilihat pada cantik ayu wajahnya semata-mata..lihatlah pada sepasang indah mata miliknya..andai tidak redup menunuduk pandangan..fikirlah semasaknya andai ingin terus menyunting dirinya..khuatir bila sudah bersuami matanya masih terus meliar memandang segak rupa lelaki lain yang bukan bernama suami..

untuk hawa..
andai mahu menerima cinta adam..

1. jgn dilihat pada kereta mewahnya semata-mata..lihatlah pd aktiviti malamnya..andai liar hidupnya tika malam menjelma..fikirlah sebaiknya andai mahu menerima..kerna maksiat itu lebih mudah tatkala kelam malam sudah tiba..khuatir juga subuhnya terus leka dibuai mimpi nan indah..

2. jgn dilihat pada pakaian berjenama semata-mata..lihatlah pada bahagian kakinya..andai mudah lututnya ditayangkan tatkala lincah dipadang bola..fikirlah sebaiknya andai masih mahu menerima..kerna aurat suami itu hanya selayaknya dilihat oleh si isteri..

3. jgn dilihat pada tampan paras semata-mata..lihatlah pada mulutnya tatkala berbicara..andai dia mudah menghambur carutan dan sumpah seranah..fikirlah sebaiknya andai masih tegar memilihnya..khuatir pabila bersama kelak..kesalahan kecil anda akan menerima hamburan cacian yang menyeksakan..

lelaki dan wanita hari ini tidak lagi seperti mereka yang dahulu..sebelum ini..wanita berhijab itu sesungguhnya mmg mulia zahir batinnya..tetapi hari ini..mereka yang bertudung barangkali hanya utk menyembunyikan kelemahan diri..begitulah juga sang lelaki..kadang-kala berkopiah..dari mata nampak sungguh alim..tetapi dlm hatinya..??siapa yang tahu..

sekadar renungan bersama..^^


P/S- article ni byk gak komen dye.. ada yg komen jgn judge org lain b'dasarkan org lain.. sebagai contoh kat sini dye ada tilis yg jgn melihat pada purdah dan tudung semata-mata...ramai yg ckp, x semestinya yg b'purdah n b'tudung tu semua jahat.. tapi bagi aq lah.. ia terpulang pd perception masing2.. persepsi para pembaca.. kalau nak tgok komen tu bleh klik dkt sumber yg dinyatakan di atas.. sekian.. Wabillahitaufik walhidayah wassalamu'alaikum w.b.t...

Sunday, April 10, 2011

kisah sehelai daun




Salam semua.. lailatul saidah! selamat malam semua..
hari ni  aq nak kongsikan sebua cerita yang penuh hikmah..bukan aq yg karang tapi aq jumpa kat blog ni..akuislam.com 


selamat membaca..kisah yang penuh hikmah..renung2kanlah n slamat beramal..


sentiasa berbakti




Di sebatang pohon kecil, hiduplah beberapa daun yang tumbuh bersama. Diantara daun-daun tersebut terdapat sebuah daun yang sangat besar dan kuat. Daun itu diagung-agungkan kerana kekuatannya. Dialah yang dianggap pelindung bagi daun-daun lainnya dari badai, hujan, panas matahari yang terik, dan bahaya lainnya.
Suatu ketika datanglah musim kemarau yang panjang. Daun-daun di pohon kecil itu mulai layu kerana tidak mendapat air dan makanan. Daun besar yang tadinya kuat dan besar mulai terlihat layu. Ia berusaha melindungi daun-daun lain dari matahari yang bersinar sangat terik supaya daun – daun kecil sahabatnya itu tidak kehilangan air lebih banyak lagi.
Hari berganti hari, daun besar itu sudah sampai pada puncak usahanya. Ia mulai carik – carik sehingga sinar matahari mulai menembusnya. Ia mulai kehilangan kekuatannya dan daun-daun lainnya pun sudah mulai mengabaikannya kerana ia tidak kuat lagi seperti dulu.
Beberapa hari kemudian daun besar itu merasa tidak kuat lagi akhirnya ia berkata kepada sahabat – sahabatnya :
“Sahabat – sahabat aku tidak lagi mempunyai kekuatan untuk melindungi kamu, aku akan gugur. Selamat tinggal”.
Setelah berkata demikian akhirnya daun besar itu pun gugurlah. Musim kemarau terus berlanjutan, daun-daun di pohon kecil itu saling bertahan untuk hidup. Mereka sama sekali sudah melupakan daun besar yang telah berjasa melindungi mereka sehingga mereka dapat bertahan sampai sekarang.
Musim kemarau tidak juga berakhir. Daun-daun di pohon kecil itu sudah mulai kehilangan harapan. Mereka merasa sangat kelaparan, kehausan dan akan mati. Di saat mereka putus asa, tiba tiba dirasakan adanya air dan makanan dari tanah. Mereka semua kehairanan akan adanya keajaiban itu.
Setelah lama tercari-cari, mereka menyedarinya. Mereka melihat bahawa daun besar itu sudah mereput dan menghasilkan air dan makanan bagi mereka. Akhirnya dengan air dan makanan dari daun besar tadi, daun daun di pohon kecil itu berjaya bertahan sehingga musim hujan datang. Daun-daun di pohon kecil itu sangat menyesal kerana telah melupakan daun besar itu. Padahal sampai akhir hayatnya daun besar itu tetap menjadi penyelamat untuk daun-daun lain.

Renungan bagi kita,
Janganlah menilai seseorang dengan penampilan dan kekuatannya.
Tuhan memberikan bantuan kepada kita melalui sesiapa sahaja
bahkan melalui orang yang kita anggap telah jatuh dan hina.
Ingatlah rencana Tuhan itu ajaib dan tidak memilih kasih terhadap semua hambanya.


Sumber:
 akuislam.com

baca dan sama2 kita muhasabah..



..Aurat Wanita dari AlQuran dan Hadis2 Nabi...

1. Bulu kening— Menurut Bukhari, "Rasullulah melaknat perempuan yang mencukur atau menipiskan bulu kening atau meminta supaya dicukurkan bulu kening." Riwayat Abu Daud Fi Fathil Bari.

2. Kaki (tumit kaki)—"Dan janganlah mereka (perempuan) membentakkan kaki (atau mengangkatnya) agar diketahui perhiasan yang mereka sembunyikan." An-Nur: 31. Keterangan: Menampakkan kaki dan menghayunkan/melenggokkan badan mengikut hentakan kaki.

3. Wangian— "Siapa sahaja wanita yang memakai wangi-wangian kemudian melewati suatu kaum supaya mereka itu mencium baunya, maka wanita itu telah dianggap melakukan zina dan tiap-tiap mata ada zina." Riwayat Nasaii, Ibn Khuzaimah dan Hibban.

4. Dada— "Hendaklah mereka (perempuan) melabuhkan kain tudung hingga menutupi dada-dada mereka. "An-Nur : 31

5. Gigi— "Rasullulah melaknat perempuan yang mengikir gigi atau meminta supaya dikikirkan giginya. "Riwayat At-Thabrani,

"Dilaknat perempuan yang menjarangkan giginya supaya menjadi cantik, yang merubah ciptaan Allah". Riwayat Bukhari dan Muslim.

6. Muka dan leher— "Dan tinggallah kamu (perempuan) di rumah kamu dan janganlah kamu menampakkan perhiasan mu seperti orang jahilliah yang dahulu." Keterangan: Bersolek (make-up) dan menurut Maqatil sengaja membiarkan ikatan tudung yang menampakkan leher seperti orang Jahilliyah.

7. Muka dan Tangan— "Asma Binte Abu Bakar telah menemui Rasullulah dengan memakai pakaian yang tipis. Sabda Rasullulah: Wahai Asma! Sesungguhnya seorang gadis yang telah berhaid tidak boleh baginya menzahirkan anggota badan kecuali pergelangan tangan dan wajah saja." Riwayat Muslim dan Bukhari.

8. Tangan— "Sesungguhnya kepala yang ditusuk dengan besi itu lebih baik daripada menyentuh kaum yang bukan sejenis yang tidak halal baginya". Riwayat At Tabrani dan Baihaqi.

9. Mata– "Dan katakanlah kepada perempuan mukmin hendaklah mereka menundukkan sebahagian dari pemandangannya." An Nur : 31. Sabda Nabi SAW, "Jangan sampai pandangan yang satu mengikuti pandangan lainnya. Kamu hanya boleh pandangan yang pertama, pandangan seterusnya tidak dibenarkan." Riwayat Ahmad, Abu Daud dan Tirmidzi.

10. Mulut (suara)- "Janganlah perempuan-perempuan itu terlalu lunak dalam berbicara sehingga berkeinginan orang yang ada perasaan serong dalam hatinya, tetapi ucapkanlah perkataan-perkataan yang baik." Al Ahzab: 32.

Sabda SAW, "Sesungguhnya akan ada umat ku yang minum arak yang mereka namakan dengan yang lain, iaitu kepala mereka dilalaikan oleh bunyi-bunyian (muzik) dan penyanyi perempuan, maka Allah akan tenggelamkan mereka itu dalam bumi." Riwayat Ibn Majah.

11. Kemaluan- "Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan mukmin, hendaklah mereka menundukkan pandangan mereka dan menjaga kehormatan mereka."An Nur : 31.

"Apabila seorang perempuan itu sembahyang lima waktu, puasa di bulan Ramadhan, menjaga kehormatannya dan mentaati suaminya, maka masuklah ia ke dalam syurga daripada pintu-pintu yang ia kehendakinya." Riwayat Al Bazzar.

"Tiada seorang perempuan pun yang membuka pakaiannya bukan di rumah suaminya, melainkan dia telah membinasakan tabir antaranya dengan Allah." Riwayat Tirmidzi, Abu Daud dan Ibn Majah.

12. Pakaian — "Barangsiapa memakai pakaian yang berlebih-lebihan, maka Allah akan memberikan pakaian kehinaan di hari akhirat nanti." Riwayat Ahmad, Abu Daud, An Nasaii dan Ibn Majah.

"Sesungguhnya sebilangan ahli neraka ialah perempuan-perempuan yang berpakaian tapi telanjang yang condong pada maksiat dan menarik orang lain untuk melakukan maksiat. Mereka tidak akan masuk syurga dan tidak akan mencium baunya." Riwayat Bukhari dan Muslim.

Keterangan: Wanita yang berpakaian tipis/jarang, ketat/ membentuk dan berbelah/membuka bahagian-bahagian tertentu.

"Hai nabi-nabi katakanlah kepada isteri-isterimu, anak perempuan mu dan isteri-isteri orang mukmin, hendaklah mereka memakai baju jilbab (baju labuh dan longgar) yang demikian itu supaya mereka mudah dikenali. Lantaran itu mereka tidak diganggu. Allah maha pengampun lagi maha penyayang." Al Ahzab : 59.

13. Rambut — "Wahai anakku Fatimah! Adapun perempuan-perempuan yang akan digantung rambutnya hingga mendidih otaknya dalam neraka adalah mereka itu di dunia tidak mahu menutup rambutnya daripada dilihat oleh lelaki yang bukan mahramnya." Riwayat Bukhari dan Muslim.



p/s- sumber: Cinta Allah Cinta Abadi di Facebook
p/s- jgn lupa melawat my other blog...Bintang a.k.a Star
p/s- sama2 kita muhasabah diri n selamat beramal!

Thursday, March 31, 2011

bintang oh bintang..



Alhamdulillah.. aq berjaya gak tukar layout aq..huhu.. mcm biase, juz gune template..malaz nk cari layout sbb aq tahu kalau dah cari layout tu, 5-6 jam jugak dpn laptop..huhu.. kenape tukar layout? ini jawapannya..
1~ da bosan dgn layout lame
2~da bosan dengan layout lame
3~ again...da bosan dgn layout lame..
4~ wase mcm prefer black n blue lagi kot..
5~terase mcm yg ni lagi cantik bg aq kot..

Tapi..tiba2 je bile dah siap edjust...jd macam ni... semua gadget yg aq letak kat bwh header berada di left side..not at the center... I really really really donno y!! nak nangis rase.. last2.. lantak ah.. ape nak jadik, jadik r.. dah letih dah nak adjust balik..n memang x tahu pun camne nak adjust balik..huhu.. disini sy ingin menyatakan jutaan maaf kepd sesape yg rase layout sy sebelom ni lagi cantik.. sori ep, da tukar pun.. sy da rase cukup bosan dgn layout tu.. sori sgt! ni pun masih dlm kemaskini lagi.. x tahu knape jd masalah problem sgt layout kali ni.. template yg bermasalah sy rasa..ntahlah..maybe aq sendiri yg bermasalah agaknya..huhu..

baru2 ni aq g ambk result..nk tahu resultnye? x payahla..amat memalukan..huhu, tula, org cbuk study dye cbuk b'blgging..huhu..xpela hanya mampu redho.. tapi harap sgt dapat masuk u.. skarang nih tgh tunggu surat plkn yg masih blom ku terima..plkn oh plkn.. entah kenapa setelah 4 org abang2 di atasku berjaya terlepas, tiba2 aq plak yg kena pergi.. erm. x tahulah camne..pergi jela bile dpt surat nnti.. kwn2 yg dah pergi untuk kmplan pertama, ramai yg kata best.. BEST??? huhu..x tahulah camne..tunggu n lihat.. kdang2 terasa sebak bile melihat n mendengar iklan n lagu plkn disiarkan.. sebak yg amat..huhu.. ni wase cam nk nangis ni.. yela, camner x sedih, mengenangkan abg2 yg slame ni bersenang lenang dirumah sementara tunggu surat tawaran..aq plop, terpaksa pg plkn demi negara tercinta..huhu..sedih..sedih.

anyway, smpai cni je larat nak tulis..maaf n terima kasih kerana sudi menjenguk n sudi membaca post sy..
P/s: ingatlah Allah sentiasa..lau da bc hope leh follow n tinggal komen.. tggalkn juge komen n nasihat d chatbox ea..n jgn lupe pegi ke my other blog n follow kalau rajin..huhu ~Bintang a.k.a Star

Thursday, March 24, 2011

Sanggupkah dikau menjadi Adamku?

Dengan Nama Allah yg Maha Pemurah lagi Maha Pengasih...

Wahai Adam yang akan bertakhta di hatiku sebagai suami..
Jika engkau mengharapkan harta menggunung tinggi, aku pasti akan mengecewakanmu..
Jika engkau mengharapkan wajah secantik puteri,  aku pasti akan mengecewakanmu..
Jika engkau mengharapkan layanan sebaik khadam, aku pasti akan mengecewakanmu..
Jika engkau mengharapkan teman yang setia di sisi, aku pasti akan mengecewakanmu..



Wahai Adam yang akan bertakhta di hatiku sebagai suami..
Sebelum benar-benar engkau hadir, inginku bertanya sesuatu padamu..

Adakah engkau sanggup menerimaku sebagai isteri jika tidur lena mu ku ganggu untuk kita bersama-sama munajat padaNya..
Adakah engkau sanggup jika aku tidak sudi engkau menjadi imamku untuk solat subuhku kerana ku ingin dirimu solat subuh berjemaah di masjid..
Adakah engkau sanggup jika selepas pulangnya engkau dari solat berjemaah aku tidak merelakan engkau tidur semula..malahan aku ingin engkau menghidupkan majlis taklim (saling berkongsi pengisian) antara aku & dirimu..
Adakah engkau sanggup jika setiap pagi aku ingin kau membaca mathurat bersama ku..
Adakah engkau sanggup jika selepas kau pulang dari bekerja, aku masih lagi dengan tugasku di luar..
Adakah engkau sanggup jika ketika engkau di rumah, aku sering meminta izin untuk keluar dengan alasan berjumpa rakan-rakan sedangkan pada hakikatnya aku ingin meneruskan medan perjuanganku..
Adakah engkau sanggup jika setiap isnin & khamis kau menemaniku berpuasa sunat..
Adakah engkau sanggup jika bersama-samaku menghidupkan sunnah Rasulullah SAW dalam kehidupan kita..
Adakah engkau sanggup jika aku menasihatimu & membawamu lebih mendekatiNya..
Adakah engkau sanggup jika akan ada malam tertentu rumah kita akan dipenuhi orang untuk majlis ilmu..
Adakah engkau sanggup jika tetamu kita sering bertamu sehingga tidur di rumah kita kerana ia mungkin akan mengganggumu..
Adakah engkau sanggup jika hujung minggu kita dipenuhi dengan menziarahi orang tua kita..
Adakah engkau sanggup jika aku meminta dirimu menceritakan kisah sirah Rasulullah SAW & perjuangan para sahabat kepada anak-anak kita sebelum mereka tidur..

Adakah engkau sanggup jika aku tidak merelakan engkau memberi pelbagai kemewahan pada anak-anak kita kerana aku ingin mereka menjadi hambaNya yang bersyukur selalu..
Adakah engkau sanggup jika tanganmu sentiasa ku pegang walau ke mana arah tuju ketika kita berjalan bersama..
Adakah engkau sanggup jika keluar berjalan denganku yang bertudung labuh, berbaju longgar, dan seringkas yang mungkin di hadapan hambaNya yang lain..

Adakah engkau sanggup jika masakanku tidak sesedap yang kau harapkan..
Adakah engkau sanggup jika layananku kekok padamu..
Adakah engkau sanggup jika ujian Allah itu datang dan ku pinta engkau menyunting bunga yang lain untuk dirimu..
Adakah engkau sanggup jika segala ini benar-benar berlaku???



Wahai Adam yang akan bertakhta di hatiku sebagai suami..
Aku tahu bagimu pernikahan itu menghalalkan segalanya…tapi lain dari persepsiku…
Sememangnya benar pernikahan itu menghalalkan segala apa yang terhijab antara aku dan dirimu…tapi aku ingin kau juga mengetahui & mengerti bahawa pernikahan jua adalah jalanku untuk ke syurga-Nya..pernikahan jua adalah jalan untuk kita melahirkan mujahid mujahidah yang soleh solehah..sememangnya aku akan berusaha semampuku untuk membahagiakanmu kerana walau apa yang berlaku, kau tetap suamiku tika itu..namun telah ku nekad dalam diriku untuk terus memperjuangkan segala apa yang ku perjuangkan kini…aku memberitahu segala ini terlebih awal kerana aku tidak ingin engkau menyesali jika perkara ini benar-benar terjadi..kerana itu telah dari awal ku sediakan diriku untuk membiarkan engkau mencari yang terbaik untuk dirimu..kerana cukuplah Allah bagiku..mungkin bersamaku akan membuatkan dirimu merasa bosan & tiada kehidupan tapi sedarlah wahai bakal suamiku bahawa cara hidup Rasulullah SAW itulah yang terbaik..dalam rumahtangga kita pasti ada senda guraunya..Cuma aku mungkin akan lebih sibuk dengan gerak kerja ku di jalanNya..kerana telah ku pilih jalan-Nya..hingga akhir hayatku akan ku terus di jalan-Nya..dan ku bermohon semoga hembusan nafasku yang terakhir jua adalah di jalan-Nya..terimalah diriku seadanya~

Dunia ini sudah tidak lama lagi..jika ada jodoh di dunia, kita akan bertemu atas ikatan pernikahan yang sah atas namaNya..tidak ku mengharapkan engkau seorang yang terlalu mulia..cukuplah bagiku jika engkau sedar hakikat dirimu iaitu hamba Allah..kerana jika engkau sedar, pastinya engkau akan menjalankan tanggungjawabmu sebagai hambaNya..jika tiada jodoh kita di dunia, semoga kan bertemu di syurga..insyaAllah..aku ingin kau tahu bahawa cinta Ilahi tetap yang utama di hatiku..dan aku mencintaimu kerana Dia~

Sekian warkah khas untukmu wahai Adam yang akan bertakhta di hatiku sebagai suami..



Thursday, February 24, 2011

Aq dah join!

Assalamu'alaikumwarahmatullahiwabarakatuh.... jom pakat join ramai2..



SELAMAT DATANG DIUCAPKAN KEPADA SEMUA YANG SUDI HADIR KE THE FACEBLOG. TUJUAN FACEBLOG DIWUJUD IALAH ATAS DASAR UNTUK MENGUMPUL DAN MEMBINA SATU KOMUNITI BLOGGER KHUSUSNYA DI SELURUH MALAYSIA DAN DUNIA AMNYA. MARILAH KITA BERSATU DAN BERKERJASAMA DALAM MEMBANTU RAKAN-RAKAN BLOGGER KITA DI SELURUH MALAYSIA. SEPERTIFACEBOOK, KAMI JUGA MEMPUNYAI TUJUAN YANG SAMA IAITU MENJALINKAN HUBUNGAN YANG LEBIH ERAT ANTARA PARA BLOGGER DI SELURUH MALAYSIA SELARAS DENGAN TEMA YANG KAMI GUNAKAN IAITU SEAKAN-AKAN TEMAFACEBOOK. SERTAILAH KAMI DAN BERSAMA KITA MEMERIAHKAN DUNIA BLOG MALAYSIA.
TERIMA KASIH


Edit


Tuesday, February 22, 2011

promo..


Assalamu'alaikumwarahmatullahita'alawabarakatuh.
juz wanna promo my new blog..plizz2 join me..hehe..
blog ni aq uat untuk aq tulis n karang cite coz sbenonye aq ni minat mengarang..
hehe.x paksa pun..lau wase nak join bleh join..
n aq nak cite gak tentang prasaan malazku skarang ni...
aq malaz nak g wimozad esop! malaz yg amat! coz the most memalukn moment I had hari tu.. aq da jatuh moto...huhu..malu nye.. mula2 memang xde pape..p sampai umah je..ambik ko.. lebam sana sini.. key r..had to out now...daa..tata...
sbelum tu..jgn lupa visit tau...http://humairanamaku.blogspot.com/

Sunday, February 13, 2011

Sehelai Bulu Mata Jadi Saksi Untuk Ke Syurga...

~ Bismillahirrahmanirrahim ~


Diceritakan di hari pembalasan kelak, ada seorang hamba Allah sedang diadili. Dia dituduh bersalah kerana mensia-siakan hidupnya di dunia utk berbuat maksiat. Namun begitu dia berkeras membantah,
“Tidak demi langit dan bumi,sungguh tidak benar. Saya tak pernah malakukan perkara itu…”
“Tetapi saksi-saksi mengatakan engkau betul² telah menjerumuskan dirimu sendiri ke dalam dosa”
Orang itu menoleh ke kiri dan ke kanan, lalu merenung segenap penjuru ruang yg ada. Kemudian dia pun menyanggah, 
“mana saksi2 yg engkau maksudkan? disini tiada sesiapa melainkan aku dan suaramu sahaja.”
Jawab malaikat, “Inilah saksi-saksimu…”
Tiba-tiba mata berbicara,“Saya yang memandang,”
disusuli dengan telinga,“Saya yang mendengar perkara itu”
Hidung pun tidak ketinggalan,“Saya yang mencium”
Bibir pun mengaku dengan slumbernye,“Saya yang merayu”
Lidah menambah dengan berani,“Saya yang menjilat dan menghisap”
Tangan tanpa malu meneruskan,“Saya yang meraba dan meramas”
Kaki pula menyusul,“Saya yang berjalan dan berlari semasa itu”
“Nah,kalau dibiarkan kesemua anggota tubuhmu akan memberikan kesaksian tentang perbuatan aibmu,” ujar malaikat. 
Orang tersebut x dapat membuka sanggahnya lagi. Ia berputus asa dan amat berduka kerana sebentar lagi ia akan dihumban ke dalam neraka jahannam.. Padahal ia amat berharap agar segala perbuatan jahatnya dapat diselindungi. 
Tatkala dia sedang dilanda kesedihan, tiba-tiba terdengar satu suara yg amat lembut dari sehelai bulu mata berbunyi, 
” Saya pun ingin mengangkat sumpah untuk menjadi saksi dalam perkara ini.”
Malaikat menjawab dengan tenang,“Silakan wahai bulu mata”
“Terus terang sahaja, menjelang ajalnya pada satu malam yang hening, aku pernah dibasahi dengan juraian air mata penyesalan mengenangkan segala perbuatan keji yang telah dilakukan.Bukankah rasulnya telah berjanji, apabila ada seorang hamba yang ingin bertaubat, walaupun sehelai bulu mata sahaja yg dibasahi dengan air mata, demikian itu diharamkan dirinya dari ancaman api neraka? 
Maka, saya sehelai bulu mata, berani tampil sebagai saksi bahawa dia telah bertaubat sampai membasahi saya dengan air mata penyesalan.”
Dengan kesaksian bulu mata itu, orang tersebut dibebaskan dari neraka dan segera dihantar ke syurga:
“Lihatlah hamba Allah ini masuk syurga kerana pertolongan bulu mata..”

Syaitan sentiasa membisikkan supaya melakukan dosa, menangguhkan taubat sehingga sampai ke akhir hayat. Syaitan sedar, sebesar mana dosa yang dilakukan oleh anak Adam dan kemudian bertaubat, Allah tetap menerima taubat itu.


Bagi memastikan misi syaitan meletakkan manusia dalam neraka ialah dengan cara mengelakkan manusia daripada bertaubat. Kerja jahat syaitan untuk menempatkan manusia bersamanya di neraka menjadi sia-sia jika manusia bertaubat. 


Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Sesungguhnya Allah tetap menerima taubat hamba-Nya, selagi roh belum sampai di kerongkong (hampir sangat dengan ajal).” (Hadis riwayat Tirmizi)  


Yakinlah bahawa Allah itu Maha Pengampun dan berusahalah untuk bertaubat dengan taubat nasuha. Ia akn menjadi penghalang diri kita dari dimamah api neraka dan syurga akn menanti kita..InsyaALLAH..


Allahu 'alam.. 





*aq plak ambil dr blog ni: http://tarbiahgeneration96.blogspot.com