Moto dan Prinsipku..hoho

Moto dan Prinsipku..hoho

Assalamu'alaikum

Alhamdulillah! Thank You Allah!

Lilypie Kids Birthday tickers

Tuesday, April 26, 2011

Kenangan Paling Indah!!!!



Assalamualaikum... juz nak share kenangan paling indah seumur hidupku.. memang cukup indah sehingga x terkata..

baru2 ini, pada 21 hb hingga 25 hb aq tlah join satu program yg sangat best!!! lebih2 lagi prgram t'sebut diadakn di Universiti impian aq dr kecik iaitu UIAM! memang best sbb pengisian yang sangat menarik n berjaya menyentuh jiwa ini.. kat c2 aq temui akak2 n bro2 fasi yg sgt baik, cool, best, superb, baik *rasa mcm dah ada tadi* n sporting habis! sgt skeskeskeske...
Erm..seperti yg anda semua lihat di atas ada tulih, program dye 22-24 april je kn? tapi aq tulih 21-25 hb kn..hehe.. sebenaqnya aq campur tarikh aq pergi n aq balik..
cni, aq nak tulih diari aq sepanjang ada kat sana.. semuanya memang masih segar sebab aq rase aq xkkan lupe semua ni..

21 hb April 2011- pkol 10.40 mlm aq b'tolak dr rumah sbb kami diarahkn berkumpul di stesen minyak shell Paka pd pkol 11 mlm.. then, x lame lepas tu, bas smpai n aq pun naiklah bas tersebut n duduk di debelah anisah, sahabatku t'centa..hehe.. drpd dyelah aq dpt tau psl program ni, (nanti aq citer).. then bas gerak n berhenti dkt kmaman n kuantan utk mengambil peserta yg len..

22 hb April 2011- lebih kurang pkol 4.45 pagi kitorang sampai di Universiti impian aq dr kecik iaitu Universiti Islam Antarabangsa Malaysia@ International Islamic Universiti Malaysia.. memang teruja sgt dpt menjejakkan kaki buat kali pertama di UIAM.. kat cni barulah aq tahu, rupa2nya ramai kawan 1 sekolah aq yg jad peserta gak.. lebih kurang 11 org peserta sisters dr SMKA Kuala Abang iaitu Hamizah, Tg.Fatimah, Anisah, Aq, Farah Farhana, Huda, Fatin Nadiah, Aina Syafiqah, Malihah Farhana, Fatimah(org first yg ajak kitorg pergi) n Puteri Maryam...then, kami bawak beg pakaian kami yg amat berat n penuh dgn pakaian utk program t'sebut ke masjid UIAM.. mase ni untung r sesape yg bawak beg roda.. tp aq bwk beg biase je.. penat sangat! tapi x untung gak mereka yg bwk beg roda tu sbb kami b'henti kat masjid utk siap2kn diri n kami t'paksa menaiki tangga yg amat banyak kerana tmpt istirehat sementara menunggu 22 hb ialah di tingkat n  4 bangunn masjid tersebut.. then aq n Fatin nadiah terus cari plag utk iron baju kitog yg b'kedut..hehe.. cari punye cari..kitorg x jumpe plag yg ok.. sbb yg ok dah digunakan oleh peserta lain yg tlah smpai t'lebih dahulu.. so, aq pun duduk jela nak rehat tapi fatin tidak putus asa n teruskn usaha mencari plag dgn Fatimah Ahmad Bashir.. then dyorg jumpe tp sgt jauh n sunyi tmpt tu.. lampu plak malap je.. kitorg redho n terus menggosok pakaian smbl yg lain pergi mandi.. pkol 6 br kitorg siap n pergi mandi.. lepastu tpat pkol 7.15 kalau x silap, kitorg b'kumpul ikut negeri dkt tgkat bwh masjid n bergerak ke Kuliyyah of Architect n Enviromental Design (KAED) yg sgt jauh.. memang penat sbb t'paksa b'jalan jauh smbl membawa beg yg seberat 10 kilo kot.. fuh gile penat.. bila smpai K.Munirah selaku kem komanden utk sisters suh kitorg tinggal beg n bawak barang yg berharga je ke atas.. nanti akak fasi akan bwk naik beg kitorg.. aq yg baik hati ni pun t'fikir, kesiannya akak fasi, peserta bukannya ckit tapi ramai, 5 kali ganda dr jumlah dyorg..so, aq pun bwkla beg aq yg seberat 10 kg itu nek ke main audi KAED iaitu di tingkat 4.. berat sgt tapi xpe. kesian lagi kalau akak fasi yg bwk..bila sampai, kitorg pergi daftarkn diri masing2.. then masuk ke dewan KAED.. memang sejuk sbb ada aircond..hehe.. teruja masuk dewan kuliyah kat UIAM.. then ada taklimat program, kitorg b'kenaan dgn ketua kem komanden @ kem komanden utk brothers iaitu bro Nu'man Afifi.. then akak2 fasi pun ramai.. then,rehat, makan tengahari, solat n then kami ke coliseum engin utk slot ice braking n grouping.. mmg byk game kitorg men n setiap game ada faedah n kesimpulan yg aq pelajari.. then grouping... ni yg paling aq x ske sbb nilah tym dimana aq n kawan2 satu skolah dipisahkn n kami 11 org semuanya berada di group berlainan.. memang sedih n aq satu group dgn org yg langsung aq x knal.. then aq ikut group aq buat halaqah n kitorg knal dgn akak fasi group aq iaitu K. Nashrah Adila yg sgt baik n sporting habis! then knal ahli group n tym tu baru aq rase happy sgt sbb kawan2 group aq ni semuanya hapening!!! kitorg sgt riuh rendah n sekejap je kitorg kawan mcm kitorg dah lama knal.. ahli group aq, Sariyah @ boss(dr Johor, ketua kumpulan aq, happy go lucky, best n mmg ada sifat leadership yg sgt kuat n hebat), Sharifah Syazlina ( dr Ampang tapi skolah kat MRSM Kedah n loghat dye b'cakap pun bunyi utara ckit, lbih dkenali sbgai Syarifah Hayati sbb muka dye ada iras2 prof madya Syarifah Hayati yg slalu keluar tv n jd juri utk adik-adikku musim kedua, happy go lucky gak n bjak lah.. 8A SPM), Aisyah Lotfi (dr perak, dye ni roommate aq kat mrhalah n kbetulan masa taklimat program dye duk sebelah aq, so kitorg dah knal n dye ni baik sgt! dgn penuh kesabaran kejutkan aq pagi2..hehe), Aisyah Rodiah ( dye ni dr kelantan, happy go lucky n loghat kelantan melekat kat mulut dye smpai dye asyik kna explain balik apa yg dye cakap kat org lain..hehe), Nik Syakirah ( dr selangor jgak kalau x silap, mak @ ayah dye org klantan, so dye faham je apa yg aisyah rodiah ckp tapi dye balas dlm slang kl..best gak.. happy go lucky gak), Afifah Fuad (dr kelantan, dye ni best, x byk bercakap sgt tapi bijak.. 8A SPM.. happy je, x makan pagi, so makanan pagi dye aq yg makan..hehe), Fatonah( dr mana aq lupe..hehe.. baik sgt, sporting n happy je..) Nabiha (dr Johor gak, best kwn dgn dye, sporting n suke makan pedas.. org jawa, mmg dyelah yg riuh mntak blacan dgn org yg x makan belacan.. slalu jd petunjuk arah sbb dye ni cepat ingat jaln.. bukan mcm aq..hehe... kalau xde dye, kitorg sesat kot..) Roshiela (dr Terengganu tp x byk ckp sgt.. best je.. happy...) Munirah ( dr Terengganu gak tp x byk ckp jugak.. mcm Roshiela n dyorg pun slalu berdua n jarang borak ngan ahli group lain.. happy je..n best...).. then.. kitorg dibawa ke marhalah iaitu tmpt penginapan kitorg di UIAM.. sgt jauh.. jalan kaki slama 1/2 jam lebih gak.. mmg letih.. tapi bila jalan2 smbil borak2 dgn kwn2.. x terasa keletihan tu.. happy je... malam tu, kitorg solat n makan malam kat masjid, then ke KAED balik utk slot Perasmian Pembukaan Alim Mujahid.. lupa nak cakap Alim Mujahid tu tema program kitorg.. ngantuk ckit sbb letih n dewan KAED tu pun sejuk dgn aircond.. so, selesa sgt smpai mengantk.. then ada tayangan gimmik program HiMEGA.. bile sebut je tayangan semua mata segar balik.. dah x ngantuk da.. kitorg tgok video tu n abis je kitorg pulang ke marhalah lepas minum malam..

sampai cni je dulu aq bleh citer.. hari kedua n ketiga di lain masa pulak.. aq pun dah ngantuk ni.. macamana aq tahu pasal program ni dr anisah tu, nanti aq citer k.. sakarang ni dah ngantuk sgt... daa... slamat malam...nytez.. Assalamu'alaikum..

Tuesday, April 19, 2011

tips cari jodoh! perkongsian lagi...






Assalamualaikum..apa khabar iman hari ini? wah mcm ustazah pulak..hehe.. tadi duk usha2 pesbuk kengkawan.. terjumpa ni... ada dkat note.. aq mmg ske kumpul mende2 mcm ni lepastu ltak kat blog.. *alasan utk org yg malas menaip utk update blog sndirik..huhu* yelah..lagipun benda2 ni benda2 baik.. x salah kalau nak share.. lagipun.. tuan punya pun dah kasi kalau nak share..  tapikan, macam pentinglah semua ni.. bagus untuk masa depan.. *walaupun lambat lg nak kawin*.. tapi jodoh itu kan ketentuan Allah.. kalau dah sampai masa, siapalah kita untuk menghalang ketentuan Yang Maha Esa.. Oleh yang demikian, silakan membaca!

Benar..jodoh itu ketentuan TUHAN..tapi kita akan ada terma merisik..??salah ke merisik..??x salah bahkan dianjurkan supaya x tersalah pilih..hmm..

untuk adam..
andai mahu mencari hawa..

1. jgn dilihat pd purdah mahupun tudung semata-mata..kerna hawa hari ini tidak lagi seperti dulu..lihatlah pd telapak tgnnya..andai mudah telapak lembut itu hinggap pd kulit lelaki lain tanpa lapik..fikirlah semasaknya utk menyuntingnya..sesungguhnya memegang bulu anjing itu lebih baik dari menyentuh kulit lelaki atau wanita yang boleh kita kahwini..

2. jgn dilihat pada baju labuh mahupun jubahnya semata-mata..lihatlah pada sebujur bibirnya..andai kata-katanya berbisa atau kuat suaranya..fikirlah semasaknya andai hati masih teringin menyuntingnya..khuatir kelak dia membawa fitnah buat si suami..menabur buruk diri si suami..

3. jgn dilihat pada cantik ayu wajahnya semata-mata..lihatlah pada sepasang indah mata miliknya..andai tidak redup menunuduk pandangan..fikirlah semasaknya andai ingin terus menyunting dirinya..khuatir bila sudah bersuami matanya masih terus meliar memandang segak rupa lelaki lain yang bukan bernama suami..

untuk hawa..
andai mahu menerima cinta adam..

1. jgn dilihat pada kereta mewahnya semata-mata..lihatlah pd aktiviti malamnya..andai liar hidupnya tika malam menjelma..fikirlah sebaiknya andai mahu menerima..kerna maksiat itu lebih mudah tatkala kelam malam sudah tiba..khuatir juga subuhnya terus leka dibuai mimpi nan indah..

2. jgn dilihat pada pakaian berjenama semata-mata..lihatlah pada bahagian kakinya..andai mudah lututnya ditayangkan tatkala lincah dipadang bola..fikirlah sebaiknya andai masih mahu menerima..kerna aurat suami itu hanya selayaknya dilihat oleh si isteri..

3. jgn dilihat pada tampan paras semata-mata..lihatlah pada mulutnya tatkala berbicara..andai dia mudah menghambur carutan dan sumpah seranah..fikirlah sebaiknya andai masih tegar memilihnya..khuatir pabila bersama kelak..kesalahan kecil anda akan menerima hamburan cacian yang menyeksakan..

lelaki dan wanita hari ini tidak lagi seperti mereka yang dahulu..sebelum ini..wanita berhijab itu sesungguhnya mmg mulia zahir batinnya..tetapi hari ini..mereka yang bertudung barangkali hanya utk menyembunyikan kelemahan diri..begitulah juga sang lelaki..kadang-kala berkopiah..dari mata nampak sungguh alim..tetapi dlm hatinya..??siapa yang tahu..

sekadar renungan bersama..^^


P/S- article ni byk gak komen dye.. ada yg komen jgn judge org lain b'dasarkan org lain.. sebagai contoh kat sini dye ada tilis yg jgn melihat pada purdah dan tudung semata-mata...ramai yg ckp, x semestinya yg b'purdah n b'tudung tu semua jahat.. tapi bagi aq lah.. ia terpulang pd perception masing2.. persepsi para pembaca.. kalau nak tgok komen tu bleh klik dkt sumber yg dinyatakan di atas.. sekian.. Wabillahitaufik walhidayah wassalamu'alaikum w.b.t...

Sunday, April 10, 2011

kisah sehelai daun




Salam semua.. lailatul saidah! selamat malam semua..
hari ni  aq nak kongsikan sebua cerita yang penuh hikmah..bukan aq yg karang tapi aq jumpa kat blog ni..akuislam.com 


selamat membaca..kisah yang penuh hikmah..renung2kanlah n slamat beramal..


sentiasa berbakti




Di sebatang pohon kecil, hiduplah beberapa daun yang tumbuh bersama. Diantara daun-daun tersebut terdapat sebuah daun yang sangat besar dan kuat. Daun itu diagung-agungkan kerana kekuatannya. Dialah yang dianggap pelindung bagi daun-daun lainnya dari badai, hujan, panas matahari yang terik, dan bahaya lainnya.
Suatu ketika datanglah musim kemarau yang panjang. Daun-daun di pohon kecil itu mulai layu kerana tidak mendapat air dan makanan. Daun besar yang tadinya kuat dan besar mulai terlihat layu. Ia berusaha melindungi daun-daun lain dari matahari yang bersinar sangat terik supaya daun – daun kecil sahabatnya itu tidak kehilangan air lebih banyak lagi.
Hari berganti hari, daun besar itu sudah sampai pada puncak usahanya. Ia mulai carik – carik sehingga sinar matahari mulai menembusnya. Ia mulai kehilangan kekuatannya dan daun-daun lainnya pun sudah mulai mengabaikannya kerana ia tidak kuat lagi seperti dulu.
Beberapa hari kemudian daun besar itu merasa tidak kuat lagi akhirnya ia berkata kepada sahabat – sahabatnya :
“Sahabat – sahabat aku tidak lagi mempunyai kekuatan untuk melindungi kamu, aku akan gugur. Selamat tinggal”.
Setelah berkata demikian akhirnya daun besar itu pun gugurlah. Musim kemarau terus berlanjutan, daun-daun di pohon kecil itu saling bertahan untuk hidup. Mereka sama sekali sudah melupakan daun besar yang telah berjasa melindungi mereka sehingga mereka dapat bertahan sampai sekarang.
Musim kemarau tidak juga berakhir. Daun-daun di pohon kecil itu sudah mulai kehilangan harapan. Mereka merasa sangat kelaparan, kehausan dan akan mati. Di saat mereka putus asa, tiba tiba dirasakan adanya air dan makanan dari tanah. Mereka semua kehairanan akan adanya keajaiban itu.
Setelah lama tercari-cari, mereka menyedarinya. Mereka melihat bahawa daun besar itu sudah mereput dan menghasilkan air dan makanan bagi mereka. Akhirnya dengan air dan makanan dari daun besar tadi, daun daun di pohon kecil itu berjaya bertahan sehingga musim hujan datang. Daun-daun di pohon kecil itu sangat menyesal kerana telah melupakan daun besar itu. Padahal sampai akhir hayatnya daun besar itu tetap menjadi penyelamat untuk daun-daun lain.

Renungan bagi kita,
Janganlah menilai seseorang dengan penampilan dan kekuatannya.
Tuhan memberikan bantuan kepada kita melalui sesiapa sahaja
bahkan melalui orang yang kita anggap telah jatuh dan hina.
Ingatlah rencana Tuhan itu ajaib dan tidak memilih kasih terhadap semua hambanya.


Sumber:
 akuislam.com

baca dan sama2 kita muhasabah..



..Aurat Wanita dari AlQuran dan Hadis2 Nabi...

1. Bulu kening— Menurut Bukhari, "Rasullulah melaknat perempuan yang mencukur atau menipiskan bulu kening atau meminta supaya dicukurkan bulu kening." Riwayat Abu Daud Fi Fathil Bari.

2. Kaki (tumit kaki)—"Dan janganlah mereka (perempuan) membentakkan kaki (atau mengangkatnya) agar diketahui perhiasan yang mereka sembunyikan." An-Nur: 31. Keterangan: Menampakkan kaki dan menghayunkan/melenggokkan badan mengikut hentakan kaki.

3. Wangian— "Siapa sahaja wanita yang memakai wangi-wangian kemudian melewati suatu kaum supaya mereka itu mencium baunya, maka wanita itu telah dianggap melakukan zina dan tiap-tiap mata ada zina." Riwayat Nasaii, Ibn Khuzaimah dan Hibban.

4. Dada— "Hendaklah mereka (perempuan) melabuhkan kain tudung hingga menutupi dada-dada mereka. "An-Nur : 31

5. Gigi— "Rasullulah melaknat perempuan yang mengikir gigi atau meminta supaya dikikirkan giginya. "Riwayat At-Thabrani,

"Dilaknat perempuan yang menjarangkan giginya supaya menjadi cantik, yang merubah ciptaan Allah". Riwayat Bukhari dan Muslim.

6. Muka dan leher— "Dan tinggallah kamu (perempuan) di rumah kamu dan janganlah kamu menampakkan perhiasan mu seperti orang jahilliah yang dahulu." Keterangan: Bersolek (make-up) dan menurut Maqatil sengaja membiarkan ikatan tudung yang menampakkan leher seperti orang Jahilliyah.

7. Muka dan Tangan— "Asma Binte Abu Bakar telah menemui Rasullulah dengan memakai pakaian yang tipis. Sabda Rasullulah: Wahai Asma! Sesungguhnya seorang gadis yang telah berhaid tidak boleh baginya menzahirkan anggota badan kecuali pergelangan tangan dan wajah saja." Riwayat Muslim dan Bukhari.

8. Tangan— "Sesungguhnya kepala yang ditusuk dengan besi itu lebih baik daripada menyentuh kaum yang bukan sejenis yang tidak halal baginya". Riwayat At Tabrani dan Baihaqi.

9. Mata– "Dan katakanlah kepada perempuan mukmin hendaklah mereka menundukkan sebahagian dari pemandangannya." An Nur : 31. Sabda Nabi SAW, "Jangan sampai pandangan yang satu mengikuti pandangan lainnya. Kamu hanya boleh pandangan yang pertama, pandangan seterusnya tidak dibenarkan." Riwayat Ahmad, Abu Daud dan Tirmidzi.

10. Mulut (suara)- "Janganlah perempuan-perempuan itu terlalu lunak dalam berbicara sehingga berkeinginan orang yang ada perasaan serong dalam hatinya, tetapi ucapkanlah perkataan-perkataan yang baik." Al Ahzab: 32.

Sabda SAW, "Sesungguhnya akan ada umat ku yang minum arak yang mereka namakan dengan yang lain, iaitu kepala mereka dilalaikan oleh bunyi-bunyian (muzik) dan penyanyi perempuan, maka Allah akan tenggelamkan mereka itu dalam bumi." Riwayat Ibn Majah.

11. Kemaluan- "Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan mukmin, hendaklah mereka menundukkan pandangan mereka dan menjaga kehormatan mereka."An Nur : 31.

"Apabila seorang perempuan itu sembahyang lima waktu, puasa di bulan Ramadhan, menjaga kehormatannya dan mentaati suaminya, maka masuklah ia ke dalam syurga daripada pintu-pintu yang ia kehendakinya." Riwayat Al Bazzar.

"Tiada seorang perempuan pun yang membuka pakaiannya bukan di rumah suaminya, melainkan dia telah membinasakan tabir antaranya dengan Allah." Riwayat Tirmidzi, Abu Daud dan Ibn Majah.

12. Pakaian — "Barangsiapa memakai pakaian yang berlebih-lebihan, maka Allah akan memberikan pakaian kehinaan di hari akhirat nanti." Riwayat Ahmad, Abu Daud, An Nasaii dan Ibn Majah.

"Sesungguhnya sebilangan ahli neraka ialah perempuan-perempuan yang berpakaian tapi telanjang yang condong pada maksiat dan menarik orang lain untuk melakukan maksiat. Mereka tidak akan masuk syurga dan tidak akan mencium baunya." Riwayat Bukhari dan Muslim.

Keterangan: Wanita yang berpakaian tipis/jarang, ketat/ membentuk dan berbelah/membuka bahagian-bahagian tertentu.

"Hai nabi-nabi katakanlah kepada isteri-isterimu, anak perempuan mu dan isteri-isteri orang mukmin, hendaklah mereka memakai baju jilbab (baju labuh dan longgar) yang demikian itu supaya mereka mudah dikenali. Lantaran itu mereka tidak diganggu. Allah maha pengampun lagi maha penyayang." Al Ahzab : 59.

13. Rambut — "Wahai anakku Fatimah! Adapun perempuan-perempuan yang akan digantung rambutnya hingga mendidih otaknya dalam neraka adalah mereka itu di dunia tidak mahu menutup rambutnya daripada dilihat oleh lelaki yang bukan mahramnya." Riwayat Bukhari dan Muslim.



p/s- sumber: Cinta Allah Cinta Abadi di Facebook
p/s- jgn lupa melawat my other blog...Bintang a.k.a Star
p/s- sama2 kita muhasabah diri n selamat beramal!